Langkau ke kandungan utama

Test test

Banyak kali sudah aku cuba buat blog, haraplah berjaya kali ini. 

Sebelum ini banyak kali tergendala, aku pun nda tau mahu tulis apa di blogku disebabkan kepincangan idea dan tiada pengalaman dalam penulisan 
Menanti.....
Dan tahun ini aku cuba berniaga BUNDLE secara kecil-kecilan dan kalau dulu punya ligat aku mahu cari bundle tapi sekarang asal nampak singgah. 

Terbalik kehidupan sekarang.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Antara sakit dan bundle

Beberapa hari ini aku kurang sihat. selesema, tekak kering, pening. Alhamdulilah, sekarang beransur sembuh. Mungkin sebab aku mencari pakaian bundle. mungkin sebab cuaca panas betul waktu itu. kena lagi habuk pakaian yang banyak tapi bundle punya pasal redah sahajalah. toko mix korea sekali pandang macam sampah tapi dalamnya ini lah yang menyimpan khazanah baju berharga. cuma mahu rajin lah cari. siapa rajin selam dia yang dapat hasil. kredit gambar bro nami janggut Dari apa yang aku tahu selama bergiat dalam bundle ini, kalau guni "mix" memang pakaian penuh habuk dan majoriti pakaian pakaian wanita. berjenama tu kurang sikit tapi memang ada. rajin-rajin saja selam. ICHI BRAND  guni japan yang berpusat disandakan antara yang jadi tumpuan penjual bundle sekitar sandakan selain guni seperti bintang 8 dll                       Kalau guni seperti US, JAPAN memang selalunya mahal tapi berbaloi. baunya wangi dan tiada masalah kalau mahu pilih. kurang habuk dan ke

Kawan

Kalau ikut kawanku ramai tapi kalau kalau betul-betul "kawan" sikit saja sebenarnya. Kalau dulu waktu aku sekolah ada 3orang kawankeras dan kawan-kawan yang tinggal di lorong jalan dua semua kira kawankeras juga semua sampai dulu kami pernah buat gang  "budakpeace" . 17 tahun sehingga tahun 2008 akhirnya kami semua berpisah dan berpindah, banyak betul kenangan di sana. Terlalu banyak. Kami tinggal satu lorong yang sama semua. Main sama-sama, makan sama-sama. Berniaga burger sama-sama. Malam takbir raya tidur di tangga. Main gitar sampai subuh. Semua pun perangai memang nakal. Aku sendiri pun dulu nakal, keras kepala. Banyak betul kegiatan nakal kami semua.  Tapi sekarang semuanya sudah berubah. Masing-masing bawa haluan sendiri. Semuanya sudah dewasa, punya tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Tiada lagi masa main. Tiada lagi masa bergurau. Kalau pun berjumpa semua rasanya nda seperti dulu. Kekok mahu bercerita. Sedih kalau difikirkan. Semu

Treasures of nirvana

Sebenarnya aku ni bukan peminat nirvana pun. Cuma tahu lagu-lagu top nirvana sahaja. Alangkah ceteknya ilmuku tentang muzik " grunge" ini.   Tapi tertarik pula aku dengan buku ni. Aku dapat ini pun dari kawan dalam facebook. Kebetulan dengan kawan yang sama juga aku beli buku nirvana tulisan carrie borzillo dengan metallica biography hasil tulisan mick wall. Datang dalam bentuk " boxedbook" . Cantik, kemas dan " crispygrungy". Kulit muka buku depan&belakang yang memang keras , ada 62m/s termasuk selected discography nirvana dan di muka depanbelakang line up klasik nirvana.      Bahagian dalam isi kandungan nya awal penubuhan nirvana sehinggalah kematian kurt dan keadaan seterusnya selepas kematian kurt. Yang bestnya ada diselit koleksi- koleksi private seperti set lists, ticket ke konsert, backstage passes dan lain-lain lagi. Gambar klasik nirvana pun banyak diselit juga. Jadi bersegeralah yang mana fanatik nirvana dan tu mem