Langkau ke kandungan utama

Catatan

Antara sakit dan bundle

Beberapa hari ini aku kurang sihat. selesema, tekak kering, pening. Alhamdulilah, sekarang beransur sembuh. Mungkin sebab aku mencari pakaian bundle. mungkin sebab cuaca panas betul waktu itu. kena lagi habuk pakaian yang banyak tapi bundle punya pasal redah sahajalah. toko mix korea sekali pandang macam sampah tapi dalamnya ini lah yang menyimpan khazanah baju berharga. cuma mahu rajin lah cari. siapa rajin selam dia yang dapat hasil. kredit gambar bro nami janggut Dari apa yang aku tahu selama bergiat dalam bundle ini, kalau guni "mix" memang pakaian penuh habuk dan majoriti pakaian pakaian wanita. berjenama tu kurang sikit tapi memang ada. rajin-rajin saja selam. ICHI BRAND  guni japan yang berpusat disandakan antara yang jadi tumpuan penjual bundle sekitar sandakan selain guni seperti bintang 8 dll                       Kalau guni seperti US, JAPAN memang selalunya mahal tapi berbaloi. baunya wangi dan tiada masalah kalau mahu pilih. kurang habuk dan ke
Catatan terbaharu

Kawan

Kalau ikut kawanku ramai tapi kalau kalau betul-betul "kawan" sikit saja sebenarnya. Kalau dulu waktu aku sekolah ada 3orang kawankeras dan kawan-kawan yang tinggal di lorong jalan dua semua kira kawankeras juga semua sampai dulu kami pernah buat gang  "budakpeace" . 17 tahun sehingga tahun 2008 akhirnya kami semua berpisah dan berpindah, banyak betul kenangan di sana. Terlalu banyak. Kami tinggal satu lorong yang sama semua. Main sama-sama, makan sama-sama. Berniaga burger sama-sama. Malam takbir raya tidur di tangga. Main gitar sampai subuh. Semua pun perangai memang nakal. Aku sendiri pun dulu nakal, keras kepala. Banyak betul kegiatan nakal kami semua.  Tapi sekarang semuanya sudah berubah. Masing-masing bawa haluan sendiri. Semuanya sudah dewasa, punya tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Tiada lagi masa main. Tiada lagi masa bergurau. Kalau pun berjumpa semua rasanya nda seperti dulu. Kekok mahu bercerita. Sedih kalau difikirkan. Semu

Treasures of nirvana

Sebenarnya aku ni bukan peminat nirvana pun. Cuma tahu lagu-lagu top nirvana sahaja. Alangkah ceteknya ilmuku tentang muzik " grunge" ini.   Tapi tertarik pula aku dengan buku ni. Aku dapat ini pun dari kawan dalam facebook. Kebetulan dengan kawan yang sama juga aku beli buku nirvana tulisan carrie borzillo dengan metallica biography hasil tulisan mick wall. Datang dalam bentuk " boxedbook" . Cantik, kemas dan " crispygrungy". Kulit muka buku depan&belakang yang memang keras , ada 62m/s termasuk selected discography nirvana dan di muka depanbelakang line up klasik nirvana.      Bahagian dalam isi kandungan nya awal penubuhan nirvana sehinggalah kematian kurt dan keadaan seterusnya selepas kematian kurt. Yang bestnya ada diselit koleksi- koleksi private seperti set lists, ticket ke konsert, backstage passes dan lain-lain lagi. Gambar klasik nirvana pun banyak diselit juga. Jadi bersegeralah yang mana fanatik nirvana dan tu mem

Nukilan kehidupan 1

Teruk perbelanjaan kewanganku tahun ini walaupun sekarang baru bulan april tapi duit lebih banyak keluar daripada masuk. Aku berniaga dalam masa yang sama bekerja tapi aku rasa masih nda kukuh. Duit masuk dan macam tsunami sekelip mata keluar deras menghentam mall dan bil utiliti yang lain.  Statistik perbelanjaan aku  1. Duit harian untuk adik aku belajar di kk ums sekurang-kurangnya aku bagi seminggu sekali rm50. 2. Bil air yang tinggi di sebabkan pelampung paip kami rosak. RM1719. Tunggakan selama beberapa bulan kena bayar sebanyak rm600++ dan kerosakan paip utama kos buat RM80.  3. Kos ubat-ubatan untuk beliau perempuan 3. Bil pelbagai, barangan dapur, kereta, hutang motor dll Inilah perbelanjaan ku bulan ni. Ni baru "ANTARA", belum lagi sampingan lain yang memerlukan duit. Inilah tempat aku berniaga  Aku menulis bukan sebab aku mengeluh tapi supaya aku lebih kuat untuk menghadapi ini semua. Aku simpan semua masalah ini biar aku sendiri yang

Test test

Banyak kali sudah aku cuba buat blog, haraplah berjaya kali ini.  Sebelum ini banyak kali tergendala, aku pun nda tau mahu tulis apa di blogku disebabkan kepincangan idea dan tiada pengalaman dalam penulisan  Menanti..... Dan tahun ini aku cuba berniaga BUNDLE secara kecil-kecilan dan kalau dulu punya ligat aku mahu cari bundle tapi sekarang asal nampak singgah.  Terbalik kehidupan sekarang.