Beberapa hari ini aku kurang sihat. selesema, tekak kering, pening. Alhamdulilah, sekarang beransur sembuh. Mungkin sebab aku mencari pakaian bundle. mungkin sebab cuaca panas betul waktu itu. kena lagi habuk pakaian yang banyak tapi bundle punya pasal redah sahajalah. toko mix korea sekali pandang macam sampah tapi dalamnya ini lah yang menyimpan khazanah baju berharga. cuma mahu rajin lah cari. siapa rajin selam dia yang dapat hasil. kredit gambar bro nami janggut Dari apa yang aku tahu selama bergiat dalam bundle ini, kalau guni "mix" memang pakaian penuh habuk dan majoriti pakaian pakaian wanita. berjenama tu kurang sikit tapi memang ada. rajin-rajin saja selam. ICHI BRAND guni japan yang berpusat disandakan antara yang jadi tumpuan penjual bundle sekitar sandakan selain guni seperti bintang 8 dll Kalau guni seperti US, JAPAN memang selalunya mahal tapi berbaloi. baunya wangi dan ti...
Kalau ikut kawanku ramai tapi kalau kalau betul-betul "kawan" sikit saja sebenarnya. Kalau dulu waktu aku sekolah ada 3orang kawankeras dan kawan-kawan yang tinggal di lorong jalan dua semua kira kawankeras juga semua sampai dulu kami pernah buat gang "budakpeace" . 17 tahun sehingga tahun 2008 akhirnya kami semua berpisah dan berpindah, banyak betul kenangan di sana. Terlalu banyak. Kami tinggal satu lorong yang sama semua. Main sama-sama, makan sama-sama. Berniaga burger sama-sama. Malam takbir raya tidur di tangga. Main gitar sampai subuh. Semua pun perangai memang nakal. Aku sendiri pun dulu nakal, keras kepala. Banyak betul kegiatan nakal kami semua. Tapi sekarang semuanya sudah berubah. Masing-masing bawa haluan sendiri. Semuanya sudah dewasa, punya tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Tiada lagi masa main. Tiada lagi masa bergurau. Kalau pun berjumpa semua rasanya nda seperti dulu. Kekok mahu bercerita. Sedih kalau difikirkan. Semu...